sktg_dawai.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sktg_dawai@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | BUKU PELAWAT | SANTAI | LOGO SEKOLAH | AKTIVITI | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | Untitled | Untitled | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | Untitled | MARQUEE | PANORAMA | PAUTAN | PIBG | SEJARAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | KEPUTUSAN UPSR | VISI & MISI |

DOA SEKOLAH

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)
 

Ya Karim , Ya Zaljalal Wal Ikram  
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di
atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang
sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang
melimpah ruah kepada kami .
 
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
 
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba
ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu
yang engkau redhai.
 
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami
apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu.
Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta
mengamalkannya.  
 
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda,
ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu
mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
 


DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

 
Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu
sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
 
Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu.
Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani.
Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan
pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.
 
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
 
Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan
ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu
pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam
semua ujian dan pencapaian.
 
Ya Allah  Ya Zal Jalali Wal Ikram,
 
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah
kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat
menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
 
 
Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat
limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran
sepanjang zaman.
 

DOA SEMPENA MESYUARAT

 
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi  ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
 
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan,
kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun
,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan
berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
 
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah
dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan
yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami
limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati
kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha
kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai
kecemerlangan dan kegemilangan.

 
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
 
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan
bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah
apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan
yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat
dan generasi yang  beriman  serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
 

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG
 
 
Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi
sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .
 
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)
sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang
disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
berjaya di dunia mahupun di akhirat.
 
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
 
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan
dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa
keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di
antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah
ini.
 
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
 
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
 







 

 




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: